Kosong

Total: RM0.00

KTEPJ sumbang 300 baju raya untuk asnaf

KTEPJ sumbang 300 baju raya untuk asnaf

14/6/2017

Ramlah (kiri) menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf pada majlis iftar beramai-ramai di Surau Raudah, Putra Heights, baru-baru ini.

Sumbangan baju raya melalui Projek Baju Raya Kasih Ramadan yang dianjurkan oleh pelajar KTEPJ itu diserahkan kepada 50 asnaf yang menetap di Kampung Tengah, Puchong.

Pengarah Projek Baju Raya Kasih Ramadan KTEPJ, Mohamad Danial Mohd Jailani, berkata pihak kolej mengambil masa dua minggu untuk mengumpul baju raya terbabit.

“Kebanyakan baju raya diper­oleh hasil sumbangan pelajar, bekas pelajar, guru, ibu bapa serta masyarakat luar melalui hebahan di kolej dan juga media sosial.

Sumbangan murni
“Program sebegini diharap dapat memupuk semangat suka memberi dalam kalangan pelajar sekali gus berkongsi dengan mereka yang memerlukan terutama pada Ramadan penuh keberkatan ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan.

Yang turut hadir, Pengarah Eksekutif AnsarComp, Ramlah Hamad dan Pengetua KTEPJ, Ghumiat Kamdi.

Projek Baju Raya Kasih Ramadan KTEPJ dianjurkan mulai 2014, manakala Ansarcomp melalui unit tanggungjawab sosial korporat, AnsarCare mengagihkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan sejak 2013.

Sementara itu, Ramlah berkata, AnsarCare bukan saja melakukan sumbangan ketika Ramadan, tetapi turut berbuat demikian sepanjang tahun.

“Kita menjadi pengantara kepada individu, pertubuhan, persatuan atau sesiapa saja yang ingin membuat sumbangan dan diserahkan kepada golongan yang memerlukan.

“Objektif utama sumba-ngan ini ialah untuk berkongsi rezeki serta membuka mata masyarakat supaya sentiasa menyumbang kepada mereka yang memerlukan bantuan dan sebagainya,” kata beliau.