Kosong

Total: RM0.00

Program cungkil bakat menulis jawi, khat

Program cungkil bakat menulis jawi, khat

5 Februari 2013

Batu Pahat: Pelbagai usaha dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran generasi muda mengenai penguasaan kemahiran menulis jawi dan seni khat.

Menyedari pentingnya inisiatif itu, satu Pertandingan Seni Khat Maulidul Rasul diadakan di sebuah pusat belibelah di sini, baru-baru ini.

Program anjuran Seni Khat Solution dan The Summit itu mengumpul seramai 50 peserta terdiri daripada pelajar peringkat menengah dan rendah dari kawasan sekitar.

Acara bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul itu dipertan dingkan dalam dua kategori iaitu A bagi peserta berusia antara tujuh hingga 12 tahun. Kategori B pula membabitkan pelajar Tingkatan Satu hingga Lima.

Pengurus Besar Seni Khat Solution, Encik Abdul Rahman Sahalan, berkata pertandingan itu bertujuan memberi peluang lebih ramai anak muda menyertai aktiviti yang dapat meningkatkan kemahiran menulis jawi dan mengekalkan seni khat.

Katanya, usaha itu perlu dilaksanakan secara berterusan supaya kemahiran itu terus kekal dan dapat diwarisi kepada generasi akan datang.

Penulis

Oleh Mohd Zainuddin Abd Rahim