PRIVACY POLICY

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Notis
Perlindungan Data Peribadi ("Notis")
ini menerangkan bagaimana Media Prima Berhad dan anak-anak syarikatnya,
syarikat-syarikat bersekutu dan entiti-entiti yang dikawal bersama ("Media Prima") menggunakan Data Peribadi
anda.

Pengumpulan Data Peribadi.

1. "Data Peribadi" bermaksud maklumat mengenai anda, dari mana
anda boleh dikenal pasti , termasuk tetapi tidak
terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, nombor sijil kelahiran, nombor
pasport, kewarganegaraan, alamat, nombor telefon, nombor faks, maklumat perbankan
, butiran kad kredit, bangsa, jantina, tarikh lahir, status perkahwinan, status
pemastautin, latar belakang pendidikan, latar belakang kewangan, kepentingan
peribadi, alamat e-mel, pekerjaan anda, jawatan anda dalam syarikat anda,
butir-butir syarikat anda, industri pekerjaan, apa-apa maklumat mengenai anda
yang anda berikan kepada Media Prima dalam borang pendaftaran, borang
permohonan atau borang yang serupa bentuk dan/atau apa-apa maklumat mengenai anda
yang telah atau mungkin dikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh Media
Prima dari semasa ke semasa dan termasuk data peribadi sensitif seperti data yang
berkaitan dengan kesihatan, kepercayaan agama atau kepercayaan serupa.

2. Penyediaan Data Peribadi anda adalah secara sukarela. Walau
bagaimanapun, jika anda tidak memberikan Media Prima Data Peribadi anda, Media
Prima tidak akan dapat memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan dan Tujuan Tambahan
seperti yang disenaraikan di bawah.

3. Jika anda seorang ejen, penjual, pembekal atau pembekal perkhidmatan,
penyediaan Data Peribadi anda adalah wajib dan kegagalan untuk memberikan Data
Peribadi anda, mungkin melanggar peruntukan undang-undang atau peraturan kawal
selia yang berkenaan, dan boleh menyebabkan Media Prima tidak dapat menggaji
anda untuk menyediakan perkhidmatan atau produk atau mengeluarkan bayaran
kepada anda untuk produk atau perkhidmatan yang telah disediakan.

Sumber di mana Data Peribadi anda diperoleh

4. Selain daripada Data Peribadi yang anda berikan kepada Media Prima
secara langsung, Media Prima mungkin mengutip Data Peribadi anda dari pelbagai
sumber seperti: -

· apabila anda
mengisi borang permohonan atau borang pendaftaran atau borang yang serupa
bentuk;

· daripada
sumber-sumber awam seperti direktori,

· daripada laman
Facebook Media Prima, jika anda mengikuti, “like”,
atau adalah seorang pengikut laman tersebut;

· daripada agensi
pelaporan kredit;

· apabila anda
berinteraksi dan berkomunikasi dengan Media Prima di mana-mana acara atau
aktiviti;

· apabila anda
memasuki pertandingan yang dianjurkan oleh Media Prima,

· daripada pelbagai
entiti atau bahagian di bawah Media Prima; atau

· dengan
menggunakan laman web Media Prima, yang merangkumi semua laman web yang
dikendalikan oleh Media Prima Berhad dan di bawah nama-nama jenama
masing-masing ("Laman Web").
Senarai Laman Web boleh didapati dalam Direktori Perniagaan dihttp://www.mediaprima.com.my/Default.aspx . Maklumat Peribadi
anda juga boleh dikumpulkan daripada “cookies”
yang digunakan pada Laman Web.

Tujuan Pemprosesan

5. Media Prima mungkin menggunakan dan memproses Data Peribadi anda
untuk perniagaan dan aktiviti-aktiviti Media Prima yang termasuk, tanpa had, tujuan
berikut ("Tujuan”): -

Di mana anda seorang pelanggan Media Prima:

· untuk melaksanakan
obligasi Media Prima berkenaan dengan sebarang kontrak yang dibuat dengan anda;

· untuk
menyediakan anda dengan perkhidmatan atau produk yang anda minta;

· untuk memproses
langganan anda dan untuk menyampaikan langganan kepada anda;

· untuk
memproses pembelian anda atau permintaan untuk ruang iklan;

· di mana
anda telah memohon bahan-bahan daripada pusat sumber atau perpustakaan, untuk
memproses permohonan anda, untuk menyampaikan bahan-bahan kepada anda, untuk
memberikan anda lesen untuk kandungan yang anda ingin gunakan;

· untuk
memproses penyertaan anda dalam mana-mana acara, aktiviti, kumpulan fokus, kajian
penyelidikan, pertandingan, promosi, polls,
kaji selidik atau mana-mana produksi;

· untuk
memproses, mengurus atau mengesahkan permohonan anda untuk langganan dengan
Media Prima dan untuk memberikan anda manfaat yang ditawarkan kepada pelanggan;

· untuk
mengesahkan pembelian anda dan memproses bayaran yang berkaitan dengan
mana-mana produk atau perkhidmatan yang anda minta;

· untuk memahami
dan menganalisis jualan kami serta keperluan dan pilihan anda;

· untuk
membangunkan, meningkatkan dan menyediakan produk dan perkhidmatan untuk
memenuhi keperluan anda;

· untuk
memproses pertukaran atau pulangan produk;

Di mana anda seorang ejen, penjual, pembekal atau pembekal perkhidmatan:

· untuk tujuan
menggaji anda untuk menyediakan perkhidmatan atau produk;

· untuk memudahkan
atau membolehkan pemeriksaan yang mungkin diperlukan oleh Media Prima untuk tujuan
penggajian anda;

· untuk
memproses bayaran yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang telah
disediakan oleh anda;

· untuk
menghubungi anda atau syarikat anda;

Am:

· untuk menjawab
soalan-soalan, komen dan maklum balas daripada anda;

· untuk
berkomunikasi dengan anda untuk mana-mana tujuan yang disenaraikan dalam Notis
ini;

· untuk tujuan
pentadbiran dalaman seperti audit, analisis data, rekod pangkalan data;

· untuk tujuan
pengesanan, pencegahan dan pendakwaan jenayah;

· untuk Media
Prima mematuhi obligasinya di bawah undang-undang;

dan anda bersetuju kepada Media Prima menggunakan dan memproses Data
Peribadi anda untuk Tujuan dan mengikut cara yang seperti yang dikenal pasti
dalam Notis ini.

Tujuan pemasaran dan promosi

6. Media Prima juga mungkin
menggunakan dan memproses data anda untuk tujuan lain seperti ("Tujuan Tambahan")
:
-

· menghantar amaran
berita, surat berita, berita pengemaskinian, mel, bahan promosi, tawaran istimewa,
salam perayaan daripada Media Prima, rakan kongsi, penaja atau pengiklan;

· untuk
memberitahu dan menjemput anda kepada acara-acara atau aktiviti yang dianjurkan
oleh Media Prima, rakan kongsi, penaja atau pengiklan;

· untuk
memproses pendaftaran anda untuk menyertai atau menghadiri acara atau aktiviti
dan untuk berkomunikasi dengan anda mengenai kehadiran anda di acara atau
aktiviti tersebut;

· untuk
berkongsi Data Peribadi anda dengan rakan kongsi, pengiklan, syarikat pengurusan
acara atau penaja yang mungkin berkomunikasi dengan anda untuk memasarkan
produk, perkhidmatan, acara atau promosi mereka;

melalui pos, panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas
(SMS), melalui tangan dan/atau melalui e-mel .

7. Jika anda tidak memberi persetujuan kepada Media Prima untuk memproses
Data Peribadi anda untuk Tujuan Tambahan, sila maklumkan Media Prima dengan menggunakan
maklumat hubungan yang dinyatakan di bawah.

Pemindahan Data Peribadi

8. Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan, digunakan dan
diproses dalam bidang kuasa lain selain Malaysia, kepada syarikat-syarikat di
bawah Media Prima yang terletak di luar Malaysia dan/atau di mana pelayan Media
Prima terletak di luar Malaysia. Anda memahami dan bersetuju kepada
pemindahan Data Peribadi anda ke luar daripada Malaysia sebagaimana yang
dinyatakan di dalam ini.

Pendedahan kepada Pihak Ketiga

9. Maklumat Peribadi anda mungkin dipindahkan, diakses atau didedahkan
kepada pihak ketiga bagi Tujuan dan Tujuan Tambahan .
Selanjutnya, Media Prima mungkin melibatkan syarikat-syarikat lain, pembekal
perkhidmatan atau individu untuk melaksanakan fungsi-fungsi bagi pihaknya, dan
seterusnya mungkin memberikan akses atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada
pembekal perkhidmatan atau pihak ketiga tersebut. Pihak-pihak ketiga yang dimaksudkan
dalam Seksyen ini termasuk (tanpa had) : -

· ejen penghantaran
seperti vendor akhbar dan agen akhbar;

· rakan kongsi Media
Prima dan pengiklan, yang termasuk pihak di mana Media Prima mempunyai kerjasama
untuk acara-acara, program dan aktiviti tertentu;

· syarikat
pengurusan acara dan penaja acara ;

· syarikat-syarikat
penyelidikan pemasaran ;

· Pembekal
perkhidmatan, termasuk, pembekal perkhidmatan teknologi maklumat (IT) untuk infrastruktur,
perisian dan kerja pembangunan;

· penasihat
profesional dan juruaudit luar, termasuk penasihat undang-undang, penasihat
kewangan dan pakar perunding;

· entiti lain
dalam Media Prima; dan

· pihak berkuasa
Kerajaan untuk mematuhi keperluan undang-undang, kawal selia dan kerajaan.

10. Data Peribadi Anda juga
mungkin akan dikongsi bersama berkaitan dengan urus niaga korporat
,
seperti penjualan anak syarikat atau pembahagian, penggabungan,
penyatuan, atau penjualan aset, atau dalam hal tidak mungkin penggulungan.

Akses & Permintaan Pembetulan dan Pertanyaan, Menghadkan Pemprosesan
Data Peribadi

11. Tertakluk kepada apa-apa
pengecualian di bawah undang-undang terpakai, anda boleh meminta akses kepada
dan/atau meminta pembetulan kepada Data Peribadi anda, membuat permintaan untuk
menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda untuk Tujuan Tambahan dan/atau
membuat sebarang pertanyaan mengenai Data Peribadi anda dengan menghubungi : -

a. Jawatan: Pengurus Kanan, Hal
Ehwal Kawalsetia

b. Alamat e-mel: pdpadmin@mediaprima.com.my

c. Nombor Telefon: 603 2724 8927

d. Nombor Faks: 603 2282 0152

e. Waktu Operasi
:
9am - 6pm dari Isnin - Jumaat (tidak termasuk cuti umum)

12. Media Prima berhak untuk
mengenakan bayaran untuk akses Data Peribadi anda dalam jumlah yang dibenarkan di bawah undang-undang.

13. Berkenaan dengan hak anda untuk
mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda, Media Prima mempunyai hak
untuk menolak permintaan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang
pembetulan terhadap Data Peribadi anda untuk sebab-sebab yang dibenarkan di
bawah undang-undang, seperti di mana perbelanjaan menyediakan akses kepada anda
adalah tidak seimbang dengan risiko atau privasi anda atau privasi orang lain.

14. Jika anda tidak ingin Data Peribadi anda
dikumpul melalui “cookies” di Laman Web,
anda boleh menyahaktifkan “cookies” dengan melaraskan
tetapan pelayar internet anda untuk melumpuhkan, menghadkan atau menyahaktifkan
“cookies”, dengan memadamkan sejarah
pelayaran anda dan dengan memadamkan cache
dari pelayar internet anda.

Pautan ke Laman Web Pihak Ketiga

15. Laman Web mungkin mengandungi
pautan ke laman-laman web pihak ketiga. Sila ambil perhatian
bahawa Media Prima tidak bertanggungjawab untuk pengumpulan, penggunaan,
penyelenggaraan, perkongsian, atau pendedahan data dan maklumat oleh pihak
ketiga.
Jika anda memberikan maklumat secara langsung ke laman-laman
tersebut, dasar privasi dan terma-terma perkhidmatan pada laman-laman tersebut
akan digunapakai dan Media Prima tidak bertanggungjawab untuk amalan pemprosesan
maklumat atau dasar privasi laman-laman tersebut .

Maklumat Peribadi daripada Kanak-kanak Bawah Umur dan Individu-individu
Lain

16. Sebagai ibu bapa atau penjaga
yang sah, sila tidak membenarkan kanak-kanak bawah umur (individu di bawah umur
18 tahun) di bawah jagaan anda untuk memberikan Data Peribadi kepada Media
Prima. Sekiranya Data Peribadi diberikan kepada Media Prima, anda dengan ini
bersetuju kepada pemprosesan Data Peribadi kanak-kanak tersebut dan secara
peribadi menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Notis ini dan mengambil
tanggungjawab untuk tindakan beliau .

17. Dalam keadaan tertentu, anda mungkin
telah memberikan data peribadi berkaitan individu lain (seperti suami atau
isteri, ahli keluarga atau rakan anda) dan dalam keadaan tersebut, anda
mewakili dan menjamin bahawa anda diberi kuasa untuk menyediakan data peribadi
mereka kepada Media Prima dan anda telah mendapat persetujuan mereka untuk pemprosesan
data peribadi mereka dan digunakan dengan cara yang seperti yang dinyatakan
dalam Notis ini.

Pengakuan
dan Persetujuan

Dengan berkomunikasi dengan Media Prima,
menggunakan perkhidmatan Media Prima, pembelian produk daripada Media Prima
atau melalui perhubungan dan penggajian anda dengan Media Prima, anda mengakui
bahawa anda telah membaca dan memahami Notis ini dan bersetuju dengan
penggunaan, pemprosesan dan pemindahan Data Peribadi anda oleh Media Prima
seperti yang dinyatakan dalam Notis ini.

Media Prima mempunyai hak untuk
mengubah suai, mengemas kini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila
dengan meletakkan Notis yang telah dikemaskini pada Laman Web.
Dengan terus berkomunikasi dengan Media Prima,
dengan terus menggunakan perkhidmatan Media Prima, membuat pembelian produk
daripada Media Prima atau dengan perhubungan dan penggajian berterusan anda dengan
Media Prima berikutan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan kepada Notis
ini, tindakan tersebut akan menandakan penerimaan anda kepada apa-apa
pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan.

Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan antara versi
Bahasa Inggeris dan Bahasa lain, versi Bahasa Inggeris akan
diguna pakai.